Saturday, 8 December 2012

Video Penerapan Nilai-Nilai Murni




Assalamualaikum, selamat kembali! :D 
Kini, kita dapat lihat remaja-remaja semakin kehilangan nilai-nilai murni dlm diri mereka. Jadi, saya dan ahli kumpulan saya iaitu awiena dan mila menghasilkan sebuah video yang bertajuk 'Penerapan Nilai-nilai Murni'.
Selamat Menonton!  

Sedikit sinopsis tentang video ini. Di dalam babak pertama, kami menekankan tentang nilai hormat-menghormati sesama manusia. Jika seseorang menghadapi kesusahan, kita seharusnya menolong mereka dan bukan mentertawakan mereka kerana hari ini merupakan hari mereka, mana tau esok hari kita? ingat! Jika kita tolong orang, orang juga akan tolong kita. 
Kemudian, babak yang kedua kami juga menekankan unsur dilarang meludah di tempat awam . Sikap yang tidak sopan ini perlu dibuang dalam masyarakat kita.
Manakala babak ketiga kami mengetengahkan tentang sikap pemandu yang suka parkir sesuka hati di tempat yang tak dibenarkan. Kita sebagai pemandu yang berhemah haruslah menggunakan parkir yang telah disediakan.
Babak yang keempat pula tentang kes buli yang sering berlaku dikalangan pelajar walaupun di peringkat universiti. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai sikap hormat-menghormati serta sayang menyayangi antara satu sama lain. 

No comments:

Post a Comment